Mangala Resort: Ketenangan Bersama Alam Semula Jadi

Mangala Resort & Spa ialah resort bertaraf 5 bintang yang terletak di dalam ladang yang subur dan tenang hanya 30 minit ke barat Kuantan, Pahang dan hanya 2 jam dari Bandaraya Kuala Lumpur. Tempat yang sesuai untuk pencinta alam yang mencari ketenangan dan kedamaian sambil menyelami alam semula jadi.

Hospitality

Hospitality yang diberikan oleh staf Mangala memang professional. Mereka adalah staf yang terlatih. Pemandu buggy mereka juga sangat peramah dan akan sedia membantu untuk membawa anda dari lobby ke villa atau vice versa.

Jenis Villa

Terdapat pelbagai jenis villa yang terdapat di resort ini dengan berlainan harga. Villa yang pernah kami duduki adalah Amani Villa. Amani Villa adalah salah satu pilihan villa yang mempunyai private pool, sesuai untuk keluarga membawa anak anak untuk mandi. Berikut merupakan pilihan villa-villa lain:

Memang tidak boleh disangkal lagi, semua villa yang berada di resort ini akan disajikan dengan pemandangan yang cantik dan sangat tenang.

Makanan

Makanan yang disediakan di Resort ini amatlah memuaskan. Menu makanan akan diberikan dari paginya dan kita boleh memilih pilihan makanan untuk dihidangkan untuk makan malam, begitu juga dengan sarapan. Hidangan untuk dinner biasanya disajikan dengan appetizer, entre dan juga dessert.

Aktiviti di Mangala Resort

Beberapa aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang berada di Mangala Resort seperti memanah, berkayak, paddle boat dan juga berbasikal. Pemandu Buggy akan membawa anda dari villa ke tempat tempat aktiviti.

Review

Saya pergi ke Mangala Resort adalah untuk honeymoon bersama isteri. Dengan harga seribu lebih semalam, saya rasa ia sangat berbaloi dengan apa yang disediakan. Ketenangan di dalam ladang kelapa sawit ini juga adalah pengalam yang rare. Pengalaman saya dia resort ini sangat tidak boleh dilupakan dan saya bagi markah 10/10. Sudah tentu saya akan kembali ke Mangala Resort bersama Isteri jika ada rezeki. Anda boleh terus ke laman web rasmi mangala resort untuk membuat tempahan https://www.mangalaresortandspa.com/

Twitter
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TENTANG PENULIS

Aiman

Dulu rajin travel, tapi sekarang dah kerja tak banyak masa. So boleh menulis sahaja

SHARE US
LinkedIn
Twitter