5 Kamera Terbaik untuk Travel 2022

Sebagai seorang traveller, anda memerlukan kamera yang terbaik waktu travel. Anda perlukan sekurang-kurangnya satu kamera untuk mengambil gambar atau merekod video. Kamera yang dibawa juga perlulah ringan dan kecil supaya ia tidak menjadi beban sewaktu travel.

Saya akan berikan 5 pilihan camera yang terbaik untuk travel.

Canon M50

Sony ZV-E10

Sony ZV-E10 ialah kamera mirrirless 24MP APS-C yang ditujukan untuk vlogger. Kamera ini mempunyai selfie screen yang ada touch screen, tangkapan video 4K, port fon kepala dan mikrofon serta pelbagai aksesori tambahan untuk membantu rekod video.

Dari segi spesifikasi, ZV-E10 ada segalanya! Semuua sama seperti a6100 peringkat permulaan Sony dan tambahan lain. Tetapi dari segi reka bentuk dan ciri, beberapa perbezaan ketara membezakannya. ZV-E10 dibuatkan khsa untuk vlogging.

Fujifilm X-S10

Fujifilm X-S10 ialah kamera yang terbaik untuk dibawa travel, terutamanya kerana keupayaan cahaya rendah dan mudah alihnya.

Kamera ini bertujuan untuk jurugambar beginner yang bersedia untuk upgrade. Ini adalah kerana fungsi IBIS dan kualiti imej sangat luar biasa.

Dengan kualiti video 4K dan 30 fps, Fujifilm X-S10 ialah kamera yang sempurna untuk mencuba videografi dan menetapkan langkah pertama dalam videografi. Jadi untuk pengembara yang ingin rekod video sewaktu travel, ini adalah pilihan yang terbaik!

Akhirnya; Dengan harga yang menarik (hanya di bawah RM4500), kamera ini terbaikanda mencari kamera dengan pulangan pelaburan yang hebat.

Fujifilm X-T30 Mark ii

Ini ialah kamera travel yang terbaik untuk jurugambar yang berminat, kamera yang boleh dipercayai untuk jurugambar profesional dan pilihan utama untuk kamera utama. Saya tidak pernah memilikinya, tetapi saya kadang-kadang meminjam X-T30 kawan saya. Saya rasa tidak adil apabila sesetengah orang kata ia sebagai kamera permulaan kerana ia boleh ubah persepsi terhadap golongan professional yang ingin mempunyai kamera ini. Tetapi ia sememangnya kamera yang menarik untuk jurugambar yang baru ingin memulakan seni fotografi.

Laporan jualan menunjukkan X-T30 menunjukkan prestasi yang baik setiap tahun sejak dikeluarkan awal 2019. Ia mempunyai daya tarikan yang tepat kepada ramai jurugambar dan menyeronokkan untuk digunakan.

Twitter
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TENTANG PENULIS

Aiman

Dulu rajin travel, tapi sekarang dah kerja tak banyak masa. So boleh menulis sahaja

SHARE US
LinkedIn
Twitter