Lagenda Tasik Wakatipu, New Zealand

Tasik Wakatipu merupakan tasik yang terletak di bandar Queenstown. Tasik yang cantik dan sentiasa dikunjungi pelancong itu sebenarnya mempunyai lagenda yang menjadi identiti kepada tasik itu.

Tasik Wakatipu New Zealand

Pada zaman dahulu, semasa zaman orang Maori menduduki di tanah New Zealand itu. Dua pasangan kekasih, Manata dan Matakauri tinggal di sebuah kampung dia kawasan itu. Pasangan itu tidak dibenarkan kahwin kerana Manata merupakan anak perempuan kepada ketua kampung itu, dan Matakauri hanyalah orang kebiasaan.

Pada satu malam, seekor gergasi bernama Matau mencuri masuk ke dalam kampung dan menculik Manata. Dia membawanya pergi ke sarangnya di bukit dan mengikatnya dengan tali ajaib.

Bapa kepada Manata sangat takut dan risau akan anak perempuannya. Dia meminta pahlawan kampung itu pergi menyelamatkan Manata, dan menawarkan untuk berkahwin dengan sesiapa yang berjaya menyelamatkan anak perempuannya dengan selamat. Pahlawan di kampung itu takut, tetapi Matakauri, yang mengasihi dan menyayangi Manata dengan sepenuh hati, pergi ke pergunungan di mana tempat tinggal raksasa itu. Dia melihat Matau sedang tidur, dengan Manata disebelahnya dalam keadaan terikat.

Matakauri cuba untuk memotong tali ajaib itu, tetapi tidak berjaya. Manata merayu untuk Matakauri pergi meninggalkannya, kerana takut akan gergasi itu akan bangun dan membunuh Matakauri. Matakauri enngan meninggalkan Manata. Tetapi apabila Manata mula menangis, air mata nya menitis ke tali ajaib itu, dan meleraikan ikatan tali tersebut. Mereka melarikan diri dari pergunungan itu.

Matakauri membawa pulang Manata pulang ke kampung dan pasangan itu dinikahkan atas restu ayahnya.

Kerana takut gergasi Matau akan kembali ke kampung itu dan membawa kemusnahan, Matakauri pergi ke pergunungan tempat tinggal raksasa itu. Dalam keadaan angin dari utara yang tenang dan nyaman, Matakauri yakin bahawa gergasi itu akan tidur. Dia yakin ini merupakan peluangnya untuk menyelesaikan masalah kampung itu.

Dia lihat gergasi itu sedang tidur, dibuai oleh angin. Matakauri menyalakan api yang besar di sekeliling gergasi itu. Angin di pergunungan itu menyebabkan api menyala dengan kuat. Badan Matau terbakar begitu lama dan Matau menjerit dengan begitu kuat. Badan Matau cair, dan membuat lombong yang begitu dalam di kawasan pergunungan itu.

Selepas Matakauri pergi, hujan turun dan melimpahi lembah yang baru terbentuk itu dengan air. Tasik berbentuk ‘S’ kini dikenali sebagai Tasik Wakatipu, tasik raksasa tidur. Walaupun gergasi itu telah mati bertahun-tahun lamanya, degupan jantungnya masih dapat dilihat dalam pasang surut tasik Wakatipu yang menjadi tempat terakhirnya.

Tasik Wakatipu yang berbentuk ‘S’

Menurut lagenda, Tasik Wakatipu terletak dibentuk oleh badan Matau yang terbakar, Glenorchy di kepalanya, Kingston di kakinya dan Queenstown bersandar di lututnya. Jantungnya yang sentiasa berdegup – satu-satunya bahagian dari dirinya yang tinggal – berada di bawah Pulau Pigeon dan membuatkan paras tasik naik dan turun secara teratur dan berirama.

Twitter
LinkedIn

4 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TENTANG PENULIS

Aiman

Dulu rajin travel, tapi sekarang dah kerja tak banyak masa. So boleh menulis sahaja

SHARE US
LinkedIn
Twitter