9 Tempat Menarik di New Zealand South Island

Terdapat banyak tempat menarik untuk dilakukan di New Zealand South Island yang patut dilihat oleh pelancong apabila mereka melawat New Zealand. Blog ini akan menceritakan tempat terbaik untuk pergi di South Island apabila anda berada di sana!

Kalau nak tanya saya, jika diberi pilihan antara North Island ataupun South Island, memang saya akan pilih South Island kerana ia mempunyai pemandangan yang jauh lebih cantik! Jika pelancong lebih gemar dengan pemandangan dan bukan bandar-bandar, maka South Island adalah pilihan yang lebih tepat.

Tapi jika anda ingin mengunjungi kedua dua pulau tersebut, tiada masalah kerana ada kapal terbang yang boleh bawa anda. Tapi, kos travel mungkin akan meningkat kerana anda perlu tambah beberap hari dalam itinerari anda dan perlu menyewa kereta baru jika anda pilih untuk menaiki kapal terbang.

Saya sudah pun kunjungi pulau south island sebanyak dua kali dan saya tidak akan bosan dengan kecantikan New Zealand. Memang saya sudah pun jatuh cinta dengan kecantikan New Zealand.

Berikut merupakan list tempat yang wajib anda kunjungi jika anda pergi ke New Zealand South Island.

1. Mount Cook

Mount Cook akan jadi pilihan utama saya sebagai tempat paling menarik di New Zealand South Island.

Bagi saya, ia bukan sahaja tempat yang paling indah di South Island tetapi terdapat begitu banyak perkara yang menakjubkan untuk dilihat dan dilakukan di Mount Cook. Di Mount Cook, anda boleh menemui begitu banyak pemandangan cantik dan aktiviti pengembaraan yang menakjubkan seperti berkayak atau penerbangan jika ada bajet yang tinggi.

Jika anda hanya mempunyai masa untuk berjalan semasa berada di Mount Cook maka Hooker Valley track adalah pilihan terbaik! Secara keseluruhan, perjalanan pergi balik adalah sejauh 10 km/6.2 batu. Ia di-maintain dengan sangat baik dan merupakan pendakian yang mudah dan agak rata.

Sepanjang pendakian, anda melintasi beberapa jambatan gantung dan melihat pemandangan pergunungan di sekitarnya, tetapi tarikan utama adalah di penghujung (saya tak sampai lagi).

2. Lake Tekapo

Kali pertama saya nampak Lake Tekapo, saya sangat terpegun dan mulut saya secara automatic mengucap subhanallah kerana melihat tasik biru kehijauan yang sangat luas mata memandang.

Tasik Tekapo terletak di tengah-tengah New Zealand South Island. Bagi pelawat ia hanya 1 jam dari Mount Cook Village dan dari Queenstown, anda boleh sampai ke Tasik Tekapo dalam masa sekitar 3 jam. Bagi kebanyakan orang, ini sama ada salah satu perhentian pertama atau terakhir mereka dalam perjalanan jalan raya South Island.

Anda boleh melawat Tasik Tekapo sepanjang tahun, namun, ia paling popular pada bulan-bulan musim panas (Disember hingga Februari) apabila ia cukup panas untuk berenang di tasik. Satu lagi masa yang sangat popular untuk melawat Tasik Tekapo ialah pada pertengahan November apabila lupin yang tumbuh di sekitar tasik sedang mekar penuh. Bunga ini biasanya ada sehingga akhir Disember tetapi pertengahan hingga akhir November adalah masa yang paling sesuai.

Bunga Lupin bersebelahan Lake Tekapo

Oleh kerana Tasik Tekapo sangat popular, sangat penting untuk menempah penginapan anda pada bulan-bulan musim panas dengan lebih awal. Saya duduk di pekan Twizel kerana ia tidak lah terlalu jauh dengan Lake Tekapo

Selepas banyak kali ke Tasik Tekapo, saya masih nak pergi lagi. Bagi saya, berehat di tepi tasik dan menikmati pemandangan dengan makan nasi lemak yang dah di pack siap siap adalah pengalaman yang saya nak ulang banyak kali.

3. Queenstown

Queenstown adalah bandar adrenaline yang terletak di antara Lake Tekapo dan Te Anau. Saya sarankan anda bermalam selama 2 atau 3 malam jika anda berada di bandar ini kerana banyak perkara yang anda boleh lakukan di sini.

Memang benar bahawa banyak aktiviti epik di sini, dan walaupun best untuk berjalan-jalan di sekitar bandar, anda benar-benar perlu keluar dan mula meneroka.

Dari banjaran gunung di Southern Alps, ke bukit-bukit menghijau, ke Tasik Wakatipu dan tasik lain yang menakjubkan, anda memang tidak akan memerlukan masa yang banyak di Queenstown.

Terdapat begitu banyak aktiviti yang menyeronokkan dan keajaiban alam semula jadi, sehingga jika ini kali pertama anda, sukar untuk memutuskan apa yang hendak dilihat di Queenstown.

Nasihat terbesar kami ialah bangun awal dan mulakan hari secepat mungkin. Dan itulah yang kami lakukan.

Terdapat banyak Airbnb yang boleh disewakan di bandar Queenstown. Jadi, anda tidak akan mempunyai masalah jika anda perlukan tempat tinggal di Queenstown.

4. Lake Wanaka

Apa yang menjadikan Wanaka sangat cantik adalah lokasinya di kaki Tasik Wanaka yang merupakan tasik keempat terbesar di New Zealand dan ia mempunyai salah satu air tercantik yang pernah anda lihat.

Pekan ini telah membina laluan pejalan kaki yang indah di sepanjang tasik di mana anda boleh menikmati berjalan-jalan pagi yang menyenangkan sambil anda melihat kehidupan di sekitar tasik. Pada hari yang cerah, anda akan dapat melihat penduduk tempatan keluar dan menikmati matahari di tasik, berenang, berjemur dan berkelah.

Semasa anda bersiar-siar di sepanjang Tasik Wanaka, pastikan anda melihat Tree of Lake Wanaka yang terkenal, salah satu pokok yang paling banyak orang ambil gambar di New Zealand. Ia telah menjadi mercu tanda popular sehingga menarik jurugambar profesional dari seluruh dunia untuk melawat Wanaka hanya untuk mendapatkan gambar pokok ini.

5. Milford Sound

Milford Sound merupakan tempat menarik yang wajib anda pergi di milford sound

Jika anda datang ke South Island, sangatlah rugi jika anda tidak pergi ke Milford Sound kerana ia merupakan tempat paling menarik di South Island. Cruise Milford Sound akan membawa anda berlayar dan akan disajikan dengan beratus air terjun! Jika anda datang pada musim hujan, jangan risau kerana ia akan jadi lebih cantik kerana akan ada penambahan air terjun yang boleh dilihat.

Jika anda bernasib baik, anda juga akan dapat melihat ikan lumba lumba mendekati kapal anda!

Milford Sound terletak jauh ke dalam dan perlu memandu selama beberapa jam untuk ke sana. Saya nasihatkan supaya anda isi minyak siap siap di Te Anau supaya anda tidak akan kehabisan minyak. Kerana itu merupakan tempat terakhir anda akan jumpa stesen minyak.

Saya juga sarankan untuk membeli tiket yang paling awal supaya anda tidak bersesak dengan pelancong dari negara lain.

6. Dunedin

Dunedin merupakan bandar yang sangat tenang terletak di bahagian timur South Island. Terdapat pelbagai tempat menarik yang boleh dikunjungi seperti Tunnel Beach, Otago University, Larnach Castle, dan Baldwin Street (Jalan tercuram di dunia, Guinness Book of World Records).

Tidak jauh dari pusat bandar Dunedin yang sibuk, Tunnel Beach adalah pendakian singkat yang tidak boleh dilawati oleh pelancong ke New Zealand. Berjalan di sepanjang tebing yang menakjubkan anda akan menyaksikan sisi berbeza dari pantai timur negara yang menakjubkan kerana Tunnel Beach ialah salah satu trek berjalan kaki yang paling indah di Dunedin.

7. Cromwell

Memetik buah merupakan aktiviti wajib bagi pelancong yang ingin merasai pengalaman memetik buah cherry di New Zealand. Ia terletak tidak jauh dari bandar Queenstown.

Pengunjung perlu membayar harga berdasarkan berat Cherry yang dipetik.

Dam Good Fruits dibuka 7 hari seminggu dari 8 pagi – 6 petang dan terletak 56km dari Queenstown, 50km dari Wanaka dan 3km dari Cromwell. Jika anda tidak dapat datang ke dusun Dam Good Fruit, anda juga boleh pergi ke cawangan di Arrowtown yang dibuka 7 Hari dari awal Disember hingga Mac.

8. Glenorchy

Saya bersama ibu ayah dan isteri.

Orang Kiwi mengatakan bahawa Glenorchy adalah “Gateway of Paradise” kerana kencantikan tempat ini. Memang saya setuju, Glenorchy merupakan tempat yang sangat cantik kerana landscape gunung ganang dan tasik Wakatipu.

Di Glenorchy juga ada ladang yang dikelilingi oleh pemandangan yang menakjubkan dan boleh berjumpa dengan pelbagai jenis haiwan ternakan yang mesra.

9. Christchurch

Christchurch merupakan bandar yang sesuai untuk anda memulakan perjalanan di South Island kerana ia mempunyai salah satu lapangan terbang utama New Zealand. Bandar ini penuh dengan seni dan pengembaraan. Ia adalah pintu masuk ke wilayah Canterbury, dan di pusat bandarnya semakin banyak tarikan dan perniagaan dibuka .

Botanic Garden adalah salah satu tempat menarik South Island wajib dikunjungi jika anda berada di bandar Christchurch.

Botanic Garden berusia lebih 150 tahun dan terdiri daripada 21 hektar. Terdapat sepuluh taman kesemuanya, kebanyakannya mengandungi spesies tumbuhan yang jarang ditemui dan eksotik dari seluruh dunia.

Taman mawar mereka mempunyai 250 jenis bunga mawar yang berbeza.

Selain koleksi tumbuhannya yang luas, Botanic Garden juga menyediakan peluang melihat burung yang hebat, terutamanya semasa musim bunga.

Terdapat juga kedai cenderamata dan kafe, dan lebih baik lagi, kemasukan ke Taman Botani adalah percuma sepenuhnya.

Ia adalah salah satu tarikan pelancong Christchurch yang benar-benar indah dan mesti dilihat oleh pencinta alam semula jadi.

Twitter
LinkedIn

4 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TENTANG PENULIS

Aiman

Dulu rajin travel, tapi sekarang dah kerja tak banyak masa. So boleh menulis sahaja

SHARE US
LinkedIn
Twitter