Sejarah Istana Larnach

Jika anda berada di Dunedin, saya sarankan anda untuk pergi ke Istana Larnach. Larnach Castle terletak di kawasan pedalaman Dunedin. Destinasi perlancongan Larnach Castle ini boleh dikatakan destinasi yang agak ‘rare’ kerana tidak banyak agensi pelancongan yang membawa anda ke istana ber sejarah ini.

Istana ini dibina pada tahun 1871 oleh William Larnach, seorang ahli politik dan ‘baron’. Istana ini dibina untuk isteri pertamanya, Eliza.

Istana ini dibina oleh 200 orang dan mengambil masa 3 tahun untuk disiapkan bahagian luaran dan mengambil masa 12 tahun untuk mencantikkan kawasan dalaman. William Larnach menghabiskan duitnya dengan begitu banyak untuk istana ini kerana segala bahan dan hiasan yang berada di dalam istana ini adalah daripada bahan yang terbaik dari seluruh dunia.

Kini, istana ini dimiliki oleh sebuah keluarga. Istana Larnach dibeli oleh keluarga Barker pada tahun 1967. Berpuluh tahun sudah dihabiskan untuk membaik pulih istana ini ke bentuk asalnya. Bangunan yang dahulu usang kini sudah dipenuhi dengan perabot asli dan barang antik ber sejarah New Zealand. Koleksi-koleksi ini menjadi tempat untuk menunjukkan kraftangan sejarah asli orang New Zealand.

Istana ini dibuka untuk orang awam dengan mempunyai ‘admission fee’ untuk menjaga istana itu. Fee kemasukan ini berbaloi kerana anda boleh masuk ke istana dan juga melihat pemandangan yang cantik dari bumbung istana itu.

Menariknya, istana ini merupakan satu satunya istana di New Zealand. Ia juga merupakan tempat set penggambaran cerita Netflix The Toyal Treatment. Di sinilah Izzy dan kawan pendandan rambutnya menghabiskan berminggu-minggu untuk mempersiapkan perkahwinan diraja, dan bersenang-senang dengan menggunakan duit cukai negara Lavania yang miskin.

Di sini juga ada disediakan sebuah outdoor kafe untuk pelancong, iaitu dinamakan Ballroom Cafe. Sebagai pencinta kafe, tempat ini amatlah menarik untuk sesiapa yang ingin mencuba set ‘high tea’ yang elegan. Semua makanan yang mereka sajikan disediakan di istana ini.

Saya bersama keluarga di hadapan Larnach Castle
Saya bersama keluarga di hadapan Larnach Castle
Encem tak uhuk
Twitter
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TENTANG PENULIS

Aiman

Dulu rajin travel, tapi sekarang dah kerja tak banyak masa. So boleh menulis sahaja

SHARE US
LinkedIn
Twitter