Batu Lagenda di Vik, Iceland

Jika anda membuat keputusan untuk pergi ke Iceland, anda pasti akan singgah ke perkampungan Vik. Perkampungan Vik merupakan kampung yang terletak di bahagian selatan Iceland. Vik juga merupakan tempat yang selalu dikunjungi kerana ia berada dalam laluan utama jika anda mengembara ke Iceland.

Suasana Vik yang sangat nyaman dan antara kampung yang mempunyai kedai untuk membeli barang harian. Dan juga ada tandas awam jika dah tak tahan sangat. (Susah nak cari tandas di Iceland)

Pekan Vik sangat berbaloi untuk dikunjungi kerana berdekatan dengan perkampuangan itu, ada pantai Reynisfjara. Dan pantai tersebut pasirnya warna hitam. Ya, pantai itu pasirnya warna hitam.

Sebenranya ia bukanlah pasir tapi ia seperti batu batu kecil. Batu kecil tersebut terjadi kerana gunung berapi yang berada di lautan dan di sejukkan oleh air laut.

Jika anda pergi ke pantai Reynisfjara, anda akan nampak tiga batu yang besar di situ. Batu tersebut mempunyai kisah lagenda yang menarik untuk diceritakan.

Mengikut kisah zaman dulu orang Iceland, batu batu ini dulu adalah TROLLS. Lagenda mengatakan yang troll ini sedang menarik kapal layar ke darat, tetapi kerana mengambil masa yang sangat lama, sehingga terbitnya matahari, mereka berubah menjadi batu.

Mengikut kisah dongeng rakyat Iceland, Trolls merupakan makhluk yang tinggal di pergunungan yang tersorok dari orang ramai. Mereka hanya berani keluar dari tempat tinggal mereka pada waktu malam untuk mengelak dari cahaya matahari. Cahaya matahari akan mengubah mereka menjadi batu selama-lamanya.

Trolls mengikut kisah dongeng rakyat Iceland.

Orang Iceland mengatakan bahawa sehingga hari ini, jika kita mendekati batu tersebut, kita dapat dengar bunyi tangisan dan jeritan mereka. Saya percaya bunyi itu datang dari laut kerana angin yang kuat dan bunyi ombak yang menghentam pasir di pantai hitam itu.

Ada juga lagenda lain yang mengatakan bahawa batu tersebut merupakan troll yang menculik dan bunuh seorang isteri daripada suaminya. Suami tersebut mengejar troll itu dan membekukan mereka supaya mereka tidak membunuh lagi.

Troll sering dipercayai tinggal di kawasan pergunungan Iceland. Banyak gunung dan gunung berapi juga dinamakan daripada nama troll.

Sebenarnya, lagenda di Iceland ini sering diceritakan untuk menakutkan kanak kanak supaya mereka tidak nakal. Banyak juga kisah dongeng yang mengatakan budak nakal akan diculik dan dimakan. Dengar macam kejam, dan kerajaan Iceland juga telah mengharamkan kisah kisah dongeng ini diceritakan kerana terlalu ganas.

Menariknya, separuh rakyat Iceland percaya akan kewujudan Trolls ini. Mereka mengatakan ini bukanlah dongeng dan kewujudan trolls adalah fakta. Ramai juga mengatakan bahawa mereka pernah nampak Trolls dan juga pernah berkomunikasi dengan mereka.

Kali pertama saya ke Iceland, batu batu unik ini bernama columna basalt yang merupakan batu daripada lava gunung berapi yang sudah sejuk.
Pantai Reynisfjara yang berdekatan dengan tiga batu tersebut.
Twitter
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TENTANG PENULIS

Aiman

Dulu rajin travel, tapi sekarang dah kerja tak banyak masa. So boleh menulis sahaja

SHARE US
LinkedIn
Twitter